My Age

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Sunday, April 25, 2010

Bestnye pergi camping

Petang tadi saya ikut abah saya pergi camping kat sekolah. Kat sekolah abah ada ramai sangat abang ngan kakak. Masa saya sampai, ramai kakak datang nak main ngan saya tapi saya malu. Saya ikut abah je pergi mana-mana. Semalam abah bawak saya pergi Giant kat Kluang beli khemah. Abah beli khemah warna hijau. Abah cakap nanti saya boleh tidur dalam khemah tu.

Sampai kat sekolah abah terus naikkan khemah saya. Bestnya dapat duduk dalam khemah tu. Siap ada pintu boleh zip lagi. Tapi khemah tu tak de tingkap la. Panas saya duduk dalam tu. Terus saya mintak air kat abah.

Mula-mula saya main sorang-sorang je dalam khemah tu.
Tak lama lepas tu, saya dapat kawan.Kawan-kawan saya tu sumenya anak cikgu kawan-kawan abah. Saya seronok main dengan kawan-kawan saya.

Masa saya main dengan kawan abah saya tinggalkan saya kat dalam khemah tu. Abah nak tolong anak murid dia naikkan khemah kat padang. Tiba-tiba ada angin kuat sangat. Masa tu hari pun dah gelap nak hujan. Saya rasa khemah saya kena tiup angin sampai nak terbang. Saya pun menangis cari abah. Saya tak nampak abah. Cikgu kawan abah pun pujuk saya jangan nangis. Tak lama pas tu baru la abah datang kat saya. Abah cakap tadi dia tolong anak murid dia.

Lepas hujan behenti, abah ajak saya mandi kat tandas guru. Masa tu dah nak maghrib dah. Saya seronok mandi kat sekolah. Pas mandi abah pakaikan baju, pastu abah pulak mandi. Bila abah dah siap, saya ngan abah pergi ke surau sebab abah nak solat maghrib. Saya duduk kat sebelah abah. Abis solat, abah antar saya balik rumah. Abah cakap saya tak boleh tidur dalam khemah sebab takut nanti ada binatang gigit malam-malam.

Seronok betul saya main dalam khemah hari ni.

Gambar saya dengan kawan-kawan saya dalam khemah.
Saya ngan kak alia. Masa ni saya tengah tengok abang ngan
kakak naikkan khemah kat padang.

1 comments:

Mijie said...

waa..bez dpt pgi camping..mijie dh lama x bercamping..rindu plk nk bercamping..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;