My Age

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Tuesday, February 21, 2017 0 comments

Merentas Desa 2017

Hari ni ada pertandingan merentas desa di sekolah saya. Kali ni saya dah masuk kategori P12. Maknanya kena lumba dengan budak Tahun 6.

Kalau tahun lepas saya boleh dapat nombor 3, kali ni alhamdulillah saya dapat nombor 2!

Tuesday, December 13, 2016 0 comments

Jalan-jalan KL Dec 2016 (Day 1)

Cuti sekolah akhir tahun macam biasa kami sefamili balik ke rumah Tok Ki di Terengganu. Kali ni kami tak terus balik ke Terengganu tapi kami singgah di Kg Ubai, Pekan, Pahang. Kami ke sana sebab nak hadiri majlis pertunangan ayah su kami. Sampai dah jam 12 tengahari, terus menuju ke rumah bakal tunang ayah su. Keluarga Tok Ki dengan pak cik mak cik saya pun sampai jam 12. Cumanya diaorang dari Kuala Terengganu.

Selesai majlis tunang, kami semua pergi ke Samsuria Beach Resort di Cherating. Seronok kami mandi kolam petang tu dan pagi esoknya. Mujur juga cuaca ok, tak hujan walaupun dah musim tengkujuh ni.

Esoknya kami semua pun pulang ke Kuala Terengganu. Macam biasalah bila cuaca ok kami akan pergi mandi pantai di Tok Jembal. Kali ni kamu dapat mandi pantai dua kali. Memang seronok lah dapat mandi pantai pulak.

Selepas lima hari di rumah Tok Ki, kami sefamili sambung pergi bercuti di KL pula. Kami pergi hari Sabtu, 10 Disember. Bertolak jam 9 pagi dan sampai lebih kurang jam 3 petang. Tempat pertama yang kami pergi ialah Hotel Casavilla di Selayang untuk check in. Abah dah booked bilik famili untuk 2 malam. Lepas solat Asar, kami pun keluar.

Cadangannya nak pergi ke MAHA 2016 di Serdang. Masa tu dah start hujan tapi tak lah lebat sangat. Sampai di tapak pameran MAHA tu dah jam 6. Pusing-pusing cari tempat nak park kereta tak ada lah pula. Orang punya lah ramai masa tu dengan jumlah kereta yang diparking tepi-tepi jalan punya lah banyak.

Akhirnya, abah cakap kita cancel la plan nak ke MAHA. Dah la takde parking, hari pula dah nak malam dan takut Afif buat perangai je kalau nak jalan juga. Kami pun tukar plan dan cari makan di Presint 9, Putrajaya. Lepas makan, kami solat jamak qasar terus dan pergi ke Big Bad Wolf di The Mines.

Orang boleh tahan ramai juga di BBW tu. Besar tempatnya dan buku-buku banyak sangat. Seronok lah saya dan adik-adik memilih buku. Kat sini banyak juga buku-buku dalam BM. Sebelum ni masa kami pergi kat Melaka tak banyak sangat.

Dah dekat jam 10.30 malam baru kami sampai di hotel. Esok nak sambung jalan lagi. Kita sambung cerita dalam blog Asyraf Wajdi pula.

Tuesday, June 21, 2016 0 comments

Happy 10th Birthday My Dear Daughter

Anakku Nabihah Husna,
Esok 21 Jun 2016.
Abah masih ingat moment 21 Jun sepuluh tahun yang lepas.
Hari itulah anak sulung abah ni dilahirkan.
Begitu pantas rasanya masa berlalu.
Macam baru semalam abah memecut kereta di awal pagi menuju ke Terengganu bila dapat berita ummi dah nak melahirkan Husna.
Betapa gembiranya abah dan ummi dengan kelahiranmu nak.
Kami memilih nama yang indah untukmu.
Nabihah Husna..
Kerana abah dan ummi tahu nama yang baik umpama doa buatmu.
Esok genaplah umurmu 10 tahun.
SELAMAT HARI LAHIR sayang.
Abah memilih untuk mencoret dalam blog ini supaya ianya jadi kenangan untukmu.
Semoga Husna menjadi anak solehah yang taat pada orang tua.
Jadilah contoh terbaik buat adik-adik dan kawan-kawan.
Semoga Allah pelihara dirimu selalu dalam iman dan Islam.
Aamiin.

Wednesday, April 27, 2016 0 comments

S.I.R. competition

Today my school held a competition in conjunction with Kem Membaca 1 Malaysia campaign. The competition is called Spell It Right. I was selected to represent Kelab Bahasa Dan Kebudayaan with my close friend Khairah. We had 2 rounds for each participant and I managed to spell correctly 1 word, favourite. The other word was curious which i spelt as curios.

Sunday, January 17, 2016 0 comments

Majlis Terima Watikah Perlantikan Pengawas

Hari ni di sekolah ada majlis terima watikah perlantikan untuk pengawas tahun 2016. Hari Jumaat lepas saya dah hadir kursus kepimpinan dari pagi sampai petang. Alhamdulillah. Semoga saya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;