My Age

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Thursday, June 5, 2014

Family Day di Tanjung Sepang Beach Resort

Ahad dan Isnin lepas (1 dan 2 Jun 2014) saya dan keluarga pergi ke Tanjung Sepang Beach Resort di Kota Tinggi untuk Family Day sekolah Ummi saya. Kami bertolak jam 11.30 pagi dari Simpang Renggam, berkonvoi bersama keluarga cikgu-cikgu sekolah Ummi.

Kami sampai di sana jam 2.00 petang. Oleh kerana kami bawak bekal, kami pun makan la berkelah di pondok di tepi pantai resort tu. Cikgu-cikgu lain belum sampai lagi sebab singgah di kedai makan.

Selepas check in dan solat jamak Zuhur dan Asar, kami pun turun ke pantai untuk mandi laut. Best betul tempat family day kali ni. Puas kami main air laut sampai petang.

Malamnya, selepas makan ada acara sukaneka. Saya masuk acara buat kapal terbang kertas dan terbangkan paling jauh. Saya dapat nombor 4 tapi adik saya Asyraf dapat nombor 3. Jadi dia dapat hadiah la malam tu. Saya pun dapat jugak hadiah sebab menang tempat pertama pertandingan bina istana pasir petang tu dengan Ummi.

Esok paginya kami mandi kolam renang pulak lepas sarapan. Dari pukul 8.30 pagi sampailah pukul 11 pagi kami mandi. Memang seronok main air. Harap-harap lain kali dapat pergi lagi ke sini.

Jambatan di highway Senai - Desaru


Sampai-sampai, cari tempat..dan makan bekal..bestnya makan tepi pantai


Waktu pagi di pantai Tanjung Sepang Beach Resort

Air dah surut. Petang semalam kami mandi kat sini, air paras paha.

Subhanallah! Indahnya matahari terbit.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;