My Age

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Tuesday, December 13, 2016

Jalan-jalan KL Dec 2016 (Day 1)

Cuti sekolah akhir tahun macam biasa kami sefamili balik ke rumah Tok Ki di Terengganu. Kali ni kami tak terus balik ke Terengganu tapi kami singgah di Kg Ubai, Pekan, Pahang. Kami ke sana sebab nak hadiri majlis pertunangan ayah su kami. Sampai dah jam 12 tengahari, terus menuju ke rumah bakal tunang ayah su. Keluarga Tok Ki dengan pak cik mak cik saya pun sampai jam 12. Cumanya diaorang dari Kuala Terengganu.

Selesai majlis tunang, kami semua pergi ke Samsuria Beach Resort di Cherating. Seronok kami mandi kolam petang tu dan pagi esoknya. Mujur juga cuaca ok, tak hujan walaupun dah musim tengkujuh ni.

Esoknya kami semua pun pulang ke Kuala Terengganu. Macam biasalah bila cuaca ok kami akan pergi mandi pantai di Tok Jembal. Kali ni kamu dapat mandi pantai dua kali. Memang seronok lah dapat mandi pantai pulak.

Selepas lima hari di rumah Tok Ki, kami sefamili sambung pergi bercuti di KL pula. Kami pergi hari Sabtu, 10 Disember. Bertolak jam 9 pagi dan sampai lebih kurang jam 3 petang. Tempat pertama yang kami pergi ialah Hotel Casavilla di Selayang untuk check in. Abah dah booked bilik famili untuk 2 malam. Lepas solat Asar, kami pun keluar.

Cadangannya nak pergi ke MAHA 2016 di Serdang. Masa tu dah start hujan tapi tak lah lebat sangat. Sampai di tapak pameran MAHA tu dah jam 6. Pusing-pusing cari tempat nak park kereta tak ada lah pula. Orang punya lah ramai masa tu dengan jumlah kereta yang diparking tepi-tepi jalan punya lah banyak.

Akhirnya, abah cakap kita cancel la plan nak ke MAHA. Dah la takde parking, hari pula dah nak malam dan takut Afif buat perangai je kalau nak jalan juga. Kami pun tukar plan dan cari makan di Presint 9, Putrajaya. Lepas makan, kami solat jamak qasar terus dan pergi ke Big Bad Wolf di The Mines.

Orang boleh tahan ramai juga di BBW tu. Besar tempatnya dan buku-buku banyak sangat. Seronok lah saya dan adik-adik memilih buku. Kat sini banyak juga buku-buku dalam BM. Sebelum ni masa kami pergi kat Melaka tak banyak sangat.

Dah dekat jam 10.30 malam baru kami sampai di hotel. Esok nak sambung jalan lagi. Kita sambung cerita dalam blog Asyraf Wajdi pula.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;