My Age

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Saturday, November 14, 2015

Family Day 2015

Hari Jumaat lepas 13 Nov 2015 kami sekelurga pergi ke Felda Residence di Tanjung Leman untuk Family Day sekolah abah. Kami bertolak dari Simpang Renggam jam 10 pagi, konvoi dengan cikgu-cikgu yang lain. Kami adik-beradik suka sangat sebab nanti boleh mandi dalam kolam renang.

Ni masa nak bertolak. BismillahirRahmanirRahim....

Jauh jugak perjalanan nak sampai ke Tanjung Leman ni. Kami lalu jalan biasa, tak lalu highway. Kiri kanan jalan banyak pokok kelapa sawit je.

Gambar dalam perjalanan. Masa ni berhenti sekejap kat Shell nak tunggu kereta cikgu-cikgu yang ketinggalan kat belakang. Ada yang siap sesat salah masuk simpang.

Sampai je kat sana dah tengah hari. Dah pukul 12 pun. Kami terus pergi kat kawasan pantai sebelah resort tu dan makan bekalan makanan yang dibawa dari rumah. Ummi masak Nasi Kuning. 


Macam-macam lauk ada. Nampak tak nasi kuning ummi?

Kitaorang pun makan lah ramai-ramai. Best nya makan tepi pantai,bawah pokok besar. 





Afif makan bubur je..

Lepas makan abah ngan Asyraf pergi sembahyang Jumaat. Kitaorang tunggu kat lobi resort untuk check in bilik. Masa tu banyak bilik belum siap kemas lagi. Lepas abah balik sembahyang, barulah kami dapat masuk bilik.

Duduk dalam bilik dalam 10 minit je, lepas tu apa tunggu lagi. Terus terjun dalam kolam la.


Dalam pukul 5, ada aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak. Sempat jugak la saya masuk acara.

Malamnya, lepas makan malam ada pertandingan pakaian beragam. Asyraf ada cerita pasal tu dalam blog dia. Nak baca? klik kat sini ya.

Sambil tunggu giliran nak tengok Asyraf beraksi...

Malam tu kami tidur lena sangat. Keletihan mandi kolam la katakan. Pagi esoknya, lepas sarapan pagi, kami pergi main ombak kat pantai pulak. Seronok sangat!




Lepas main pantai, sambung mandi dalam kolam renang pulak sampai pukul 10.30 pagi. Mandi air bersih, tukar baju lepas tu, aktiviti biasa setiap kali lepas mandi kolam masa family day ialah makan maggi cup. Lepas makan sementara nak tunggu pukul 12 untuk check out, masing-masing dah tertidur keletihan.




Sebelum bertolak balik, ambil gambar ramai-ramai di lobi.



Nak balik ke Simpang Renggam, kami lalu jalan lain. Kali ni ikut Mersing pulak. Masa datang tu lalu Kota Tinggi. 


Makan tengah hari di Mersing. Tu kedainya kat belakang. 









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;