Lama betul blog saya ni dah bersawang sebab lama tak update. Bukannya takde cerita baru tapi tak sempat-sempat nak update.
Hari ni semangat sikit nak update sebab hari ni saya dapat pengalaman baru yang kali pertama saya alami. Hari ni saya NAIK BAS! hehe..Hari ni sekolah saya anjurkan lawatan ke Melaka untuk murid-murid pra. Ramai jugak murid dan ibu yang join lawatan ni..muat dua buah bas. Ayah yang pergi hanya ayah Alia dan abah saya je. Biasalah tu kan..

Tempat pertama yang kami pergi bila sampai di Melaka ialah Zoo Melaka. Ramai jugak orang dekat zoo tu, yang rombongan macam kami pun ramai. Mula-mula saya tengok persembahan burung. Ada burung tu pandai je kutip sampah, pastu masukkan dalam tong sampah. Ada pulak burung yang pandai mengira..7 + 5 = 12! Lepas tengok persembahan tu, saya, Asyraf dan abah jalan-jalan tengok binatang lain. Macam-macam binatang ada! Tengok gambar kat bawah ni ye..

Haa..pas masjid kami pun pergi ke Menara Taming Sari. Ni lah yang saya tunggu-tunggu. Tengok dari jauh rasa tak sabar nak naik. Seronoknye dapat naik menara ni ngan kawan-kawan. Saya tak rasa takut pun naik tinggi-tinggi tu. Macam-macam saya dapat tengok dari atas tu..best lah!


Akhir sekali, lepas Maghrib aktiviti kami ialah naik bot kat sungai Melaka. Untung betul saya hari ni, dapat naik bas, naik menara dan naik bot. Semuanya naik..hehe..
Begitulah cerita saya hari ni...SERONOK!
1 comments:
Seronoknye Husna...
Post a Comment