My Age

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Wednesday, May 20, 2015

Jom jalan | Mac 2015

Cuti sekolah bulan 3 tahun ni kami tak balik ke Terengganu sebab baby Afif masih kecil sangat. Lagipun tok ki dan nenek dah datang ke Johor tengok baby. Dapatlah kami bermesra dengan tok ki dan nenek.

Cuti seminggu kalau duduk di rumah je memang tak bestlah. So, bila abah ajak je pergi jalan, melompat kegembiraan la kami adik beradik. Nak pergi mana ya? Abah ajak pergi rumah uncle Keri nak jumpakan Afif dengan sepupu dia yang tua 2 minggu,  Omar.

On the way tu, kami nak makan breakfast kat warung Kambing 40 hari kat Yong Peng. Warung ni memang terkenal dah. Ramai saja orang datang makan. Kami makan roti canai dengan kari kambing. Abah pulak makan nasi arab. Ummi je makan nasi lemak. Boleh tahan jugak sedap makan kat sini





Lepas tu, kami teruskan perjalanan dan singgah di Melaka. Tak jalan mana pun cuma singgah di planetarium Melaka. Sebabnya tempat tu sesuai la nak bawa Afif jalan, tak panas sangat. Best la kat situ boleh tengok wayang pasal planet. Wayang dia pulak tayang kat bumbung. Camne tu ya? Pergi la tengok sendiri ya.







Pastu kami pun sambung la perjalanan ke matrikulasi Kuala Pilah. Uncle Keri mengajar kat situ dan jadi warden jaga budak2. Pasal tu nanti baca dalam blog Afif ya.

Esoknya kami balik la ke Johor. Sebelum tu mesti la jalan2 dulu. Kami pergi Nilai 3 je jalan2. Alang-alang dah dekat rugi tak berjalan. On the way tu kami nak singgah masuk dalam USIM tapi pak guard tak bagi masuk. Abah saja je la nak bawak kami tengok universiti tu nak bagi semangat kat anak2. Tak dapat masuk pulak. Sebelum ni kami dah pergi UIA, UTM, UTHM dan UNiSZa takde pulak pak guard tahan.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;